Buat duit (tak kisahla samaada dengan melabur dalam saham atau menjalankan bisnes sendiri) adalah tidak mudah dan bukan boleh dilakukan dengan sedikit luck. Kejayaan hanya boleh didapati dengan usaha yang gigih dan keyakinan untuk Berjaya yang tinggi.
Ramai antara kita yang mencari cirri-ciri untuk menjadi moneymaker yang Berjaya. Tapi tahukan anda apakah ciri2 itu?
1. Realistic.
2. Lakukan
3. Bersungguh –sungguh
4. Yakin
5. Professional
1. Realistic
- anda perlu menjadi optimistic untuk menjadi realistic. Mereka yang realistic adalah mereka yang Berjaya. Sebagai contoh, Bill Gates. Bill Gates keluar dari Harvard dan menubuhkan Microsoft, dan sekarang dia adalah salah seorang lelaki terkaya di dunia. (fromm nobody to somebody)
2. Lakukan
-Idea paling bagus didalam dunia ini akan menjadi tidak berguna sekiranya tidak dijalankan. Tetapi, anda kena ingat sekiranya anda melakukan sambil lewa, idea itu akan memakan diri anda sendiri. Jadi sekiranya anda mempunyai idea dan sanggup melakukan yang terbaik, tunggu apa lagi? Lakukan sahaja!
3. bersungguh-sungguh
- bersungguh-sungguhlah dalam melakukan sesuatu. Ini kerana sekiranya anda tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa, orang lain akan turut mengambil lewa juga. Focus dalam melakukan sesuatu yang anda suka dan hasilnya pasti memuaskan!
4. Yakin
- Keyakinan adalah kunci paling utama dalam hidup ini. Jika anda kurang keyakinan, anda tidak akan pergi jauh. Keyakinan akan menjadikan anda berada disekeliling merekara yang akan membawa anda lebih jauh. Keyakinan adalah penting untuk anda menguruskan bisnes dan diri anda. Oleh itu, yakinlah kepada diri sendiri!
5. Professional.
- Dalam bisnes, tiada apa yang personal. Segalanya professional. Jadi, seorang kawan mungkin akan berkata idea anda teruk; jangan mengamuk, tetapi cari mengapa dia kata idea anda teruk. Dan jangan biarkan kritikan melemahkan semangat anda. Semakin anda Berjaya, semakin banyak kritikan akan anda terima.
Ya, mungkin anda tidak memiliki semua criteria yang saya katakana diatas. Tapi jangan lemah semangat. Yang paling penting ialah anda mengetahui di mana kelemahan anda dan baiki kelemahan itu.
Ingat, anda adalah assest no 1 anda, jadi adalah perlu untuk mengenali diri anda luar dan dalam.


No comments:
Post a Comment