~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


NOTE: Your Name and E-mail address will not be published, distributed and/or sold to any party other than that of the publisher of HonOps.net. Your E-mail will be kept confidential as a subscribed member of the HonOps.net Newsletter Community. This form and your subscription, upon your consent and confirmation is in compliance with the CAN-SPAM Act of 2003.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Thursday, July 10, 2008

10 Tips Menjadi Entreprenuer Berjaya

Apa formula untuk berjaya? untuk berjaya tiada formula, hanya tips.

1. Sentiasa berfikir untuk berjaya.
- Kebanyakan enterprenuer mempunyai impian besar. ini kerana setiap kejayaan bermula dengan impian. namun, hanya dengan bermimpi tanpa usaha, tidak akan membawa anda kemana. ia perlu disertakan dengan usaha. usaha yang kuat. lagipun, enterprenuer perlu berfikiran luas dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. yakin dalam segala hal.

2. Bersemangat dalam setiap yang dilakukan.
- memulakan bisnes bukan perkara kecil. jadi pastikan anda mempunyai minta yang mendalam dalam sesuatu bisnes itu. mengapa? ini kerana kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh melakukan perkara yang kita suka. entreprenuer yang telah berjaya tidak kisah untuk bekerja 15jam sehari untuk perkara yang mereka suka. jadi, sebelum memulakan perniagaan, pastikan ia adalah sesuatu yang anda SUKAI!~

3. Kenali kekuatan anda
- semua orang ada kekuatan dan kelemahan. pastikan kekuatan anda dan berikan tumpuan kepadanya. salurkan keupayaan anda ke area yang anda tahu. kenali kekurangan anda dan bekerja keras untuk mengatasi kekurangan itu.

4. Kegagalan adalah kemungkinan.
- jangan terlalu yakin dengan diri sendri. kegagalan adalah suatu kemungkinan. tetapi sebagai enterprenuer, anda perlu percaya dengan matlamat anda dan yakin dengan idea anda. keyakinan untuk berjaya perlu seimbang dengan risiko yang perlu diambil untuk berjaya.

5. Perancangan yang teliti.
- tentukan vision anda dan rancang bagaimana untuk mencapainya. skill yang perlu adalah kebolehan untuk menetapkan matlamat dan melakukan perancangan untuk mencapainya. perancangan adalah sangat penting dalam setiap business.

6. Kerja Keras
- dalam dunia ini tiada istilah duit mudah. kerja keras adalah penting untuk mendapatkan sesuatu. anda perlu bersengkang mata untuk memulakan bisnes anda. kerja keras akan menjadi lebih mudah sekiranya anda mempunyai vision dan matlamat yang jelas dan bersungguh-sungguh melakukan apa yang perlu.

7. sentiasa mencari peluang baru.
- untuk berjaya, enterprenuer perlu mempunyai skill networking yang baik dan sentiasa mencari peluang untuk meluaskan contact. adalah penting untuk melakukan alliances dengan mereka yang mampu menolong anda.

8. Sanggup untuk belajar.
- jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. jalan untuk berjaya bukan mudah. motivasi diri anda sendiri dan belajar dari kesialapan anda.

9. yakin
- walaupun anda telah berusaha fengan bersungguh-sungguh, tetapi anda masih gagal. jangan mengalah, yakin dengan diri sendiri. kejayaan adalah untuk mereka yang bekerja keras dan berkeyakinan terhadap diri sendri.

10. Disipline
- ini adalah paling penting. disipline adalah kunci kepada kejayaan. kekuatan untuk berjaya akan menjadikan anda lebih berusaha untuk mencapai kejayaan. jadi, pastikan anda berdisiplin!

No comments: